PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADHAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI JOHOR TAHUN 2026
TARIKH: 16/03/2026
HARI: ISNIN
JAM: 9:00 Pagi – 05:30 Petang
TEMPAT: *SELURUH DAERAH NEGERI JOHOR ( 5 PASUKAN )
PEGAWAI TERLIBAT:
- SETIAUSAHA :
MOHD FIRDAUS BIN JURITAH - AJK : SEHRIP BIN MAHIDEN
- AJK : MOHD RAFI BIN MOHD NOR
- BERSAMA YS PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH JBPM NEGERI JOHOR DAN PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN JBPM NEGERI JOHOR.
OBJEKTIF: JBPM Johor Santuni Pegawai, Pesara dan Balu Menerusi Program Ziarah Kasih Ramadan 2026
Johor Bahru, 16 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor meneruskan tradisi menyantuni warga jabatan menerusi Program Ziarah Kasih Ramadan Tahun 2026 yang dilaksanakan secara serentak di beberapa daerah di seluruh negeri hari ini.
Program ini dianjurkan khusus bagi menyantuni Pegawai Bomba, ahli Persatuan Isteri dan Wanita Bomba (PERISMA), Pesara-Pesara JBPM Negeri Johor yang sedang sakit serta Balu kepada pegawai-pegawai JBPM Negeri Johor, sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan mereka kepada jabatan.
Seramai 24 orang penerima telah diziarahi melalui lima pasukan yang digerakkan ke beberapa daerah termasuk Johor Bahru, Pasir Gudang,Pontian, Pekan Nenas,Kulai, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Segamat. Selain menziarahi penerima, setiap pasukan turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda sokongan dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.
Pasukan 1 yang diketuai oleh PPjB Muhammad Al Mustakin bin Abdul Hady, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor bersama PgKB I Muhammad Tarmizi Md Jaafar, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Johor serta PgKB I Mohd Azhar Dris, Ketua Zon 1 Johor telah menziarahi tujuh penerima melibatkan dua orang di daerah Johor Bahru, empat orang di Pontian dan seorang di Kulai.
Pasukan 2 diketuai oleh Puan Nurul Alia binti Bustamam, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan JBPM Negeri Johor bersama PgB Rasidi bin Md Yunos, Ketua Zon 2 Johor dan Encik Idrus bin Abd Karim, Ketua Cawangan Pentadbiran telah menziarahi lima orang penerima di daerah Kota Tinggi.
Pasukan 3 Lawatan diketuai oleh YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor bersama Tuan Haji Ir. Mohd Nor Hakim Mohd Taib, Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan JBPM Johor, PgKB II Siti Hajar Sanusi, Ketua Zon 3 Johor serta PKPgB Abdul Rahman Azezukifle Sahimi, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri Johor. Pasukan ini menziarahi tiga penerima iaitu seorang di daerah Kluang dan dua orang di Batu Pahat.
Pasukan 4 pula diketuai oleh PgKB II Zulkifli bin Nordin, Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Negeri Johor bersama PgKB II Al Hasra Mohamad, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Johor serta PgKB II Nor Shuhada binti Ansari, Ketua Zon 4. Pasukan ini telah menziarahi tujuh penerima di daerah Muar.
Pasukan 5 yang diketuai oleh PgKB I Zaipulbahri bin Mat Rusok, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Johor bersama PgKB II Mohd Hanif bin Selamat dan PKPgB Mohamad Ridwan bin Limin, Pegawai Zon 4 telah menziarahi dua orang penerima di daerah Segamat.
Program kebajikan ini turut mendapat kerjasama dan Sumbangan daripada pihak 99 Speed Mart Sdn. Bhd. melalui Pasukan Bomba Sukarela (PBS) 99 Speed Mart, yang bersama-sama membantu menjayakan usaha menyampaikan bantuan kepada penerima. Turut bersama dalam program tersebut adalah Wakil Jawatankuasa KESATUAN Cawangan Negeri Johor serta Pengurus Kawasan 99 Speed Mart Sdn Bhd.
Melalui Program seumpama ini, JBPM Negeri Johor berharap ia dapat mengukuhkan lagi semangat kekeluargaan dalam kalangan warga bomba, di samping menzahirkan penghargaan terhadap jasa anggota, pesara serta keluarga mereka yang telah banyak berkorban demi perkhidmatan kebombaan dan keselamatan masyarakat.
Program Ziarah Kasih Ramadan ini juga mencerminkan komitmen JBPM Negeri Johor dalam memastikan kebajikan warga jabatan sentiasa diberi perhatian, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Laporan oleh SDR MOHD FIRDAUS BIN JURITAH
Setiausaha Cawangan Negeri: JOHOR




















