FORUM “EXECUTIVE TALK” BERSAMA PEGAWAI PENGURUSAN TERTINGGI JBPM

12/01/2023 (KHAMIS) FORUM “EXECUTIVE TALK” BERSAMA PEGAWAI PENGURUSAN TERTINGGI JBPM.
09:00 Shah Alam, YS TPjB Dato Ts Nor Hisham Bin Mohammad Nor Hisham Mohammad Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM hadir dalam program Forum “Executive Talk” yang berlangsung Dewan Rebanna (Tingkat 1) Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam, Selangor.

Majlis ini anjuran dari Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat semenanjung, bersempena Persidangan Perwakilan DWI Tahunan Kali Ke-23 (LUAR BIASA), 2022-2024 (KPBPSM)

Tujuan penganjur forum bertujuan seumpama itu mendapatkan penjelasan input pejuangan Kesatuan, selain itu membantu menambah baik dasar, polisi serta kebajikan dalam perkhidmatan Jabatan.
Dalam ucapan, YS Dato menyeru EXCO, Perwakilan supaya memperkasa jati diri dan memperhebat nilai intergriti serta meneruskan perlaksaan yang belum gapai demi memastikan aspirasi kebajikan serta hala tuju JBPM.

Forum separuh hari turut menampilkan dua ahli panel ialah YS Dato TPjB Nor Hisham Mohammad Pengarah Bhg Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM dan En. Wan Mohd Hafifi Bin Ismail Cawangan Sumber Manusia JBPM bagi membahas dan membicarakan mengenai isu² semasa, berbangkit dan hala tuju JBPM, manakala moderator khas bagi mengendalikan forum ini ialah Naib Presiden Amrizal Abd Jalil.

Keindahan majlis tersebut kehadiran YBhg Presiden KPBPSM Kamerul Bieza Bin Mohd Kassim Kamerul Bieza,, turut dihadiri bersama Setiausaha Agung Mohammad Shafiee Bin Abdul Rawop Mohamad Shafiee, Pen. Setiausaha Agung Faisal Bin Omar, Bendahari Agung Mohamad Hazam Bin Che Hasan serta EXCO dan Perwakilan Negeri

“Pejuangan Tanpa Henti”
Pembaca Doa: Sdr Mohd Syazwan Saidy Wan (EXCO Negeri Sembilan)
Pengacara Majlis: Sdri Nazah Binti Nafi
(Bendahari Caw. Negeri Kelantan)