KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN CUEPACS KE ATAS KETUA PENGARAH JBPM

TARIKH: 21.3.2023
HARI: SELASA

PEGAWAI TERLIBAT:

  1. Tn Presiden,
  2. Naib Presiden
  3. Setiausaha Agung
  4. Bendahari Agung
  5. P.Setiausaha Agung

OBJEKTIF:

YBhg. Dato’ Dr Haji Adnan bin Mat, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah hadir ke Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengadakan sesi Kunjungan Hormat ke atas YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM.

Antara perkara yang dibincangkan adalah:

  1. Isu kebajikan Pegawai Bomba,
  2. Sistem skim perkhidmatan, kerjaya, dan elaun pegawai Bomba,
  3. Kemudahan pegawai Bomba bertugas di bandar besar dan luar bandar,
  4. Perkembangan semasa jabatan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat dengan efisyen,
  5. Penugasan dan koordinasi penugasan bersama agensi sahabat yang lain yang dapat menjimatkan kos dan operasi
  6. Professionalisme pegawai Bomba dalam mendepani cabaran masa depan dan penglibatan jabatan dalam pembangunan negara,
  7. Perkongsian pendapat dan pandangan tentang perkhidmatan awam masa kini.

Turut terlibat dalam sesi perbincangan ialah YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM serta beberapa pegawai kanan Ibu Pejabat.

Laporan Oleh : Tn Amrizal bin Abdul Jalil, Naib Presiden KPBPSM