Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen JBPM mewakili Malaysia Ke World Police and Fire Game 2023 di Winnipeg, Canada

21.7.2023: Majlis penyerahan Bendera Kontinjen JBPM mewakili Malaysia Ke World Police and Fire Game 2023 di Winnipeg, Canada. Pada edisi 2023 ini, seramai 38 orang pegawai dan anggota JBPM telah dipilih bagi mewakili Jabatan dalam lima acara dipertandingkan iaitu tenpin boling, dart, badminton, golf serta ‘bench press and push pull’. Turut serta Tn Presiden Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia, Kamerul Bieza bin Mohamed Kassim dalam acara Golf.