Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan kali Ke-24 Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) Tahun 2024.

πŸ•˜ 25 hingga 28 September 2024
πŸ“ Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam Selangor.

PEGAWAI TERLIBAT:

  1. Pegawai Kanan KPBPSM,
  2. Pegawai Pejabat KPBPSM,
  3. Setiausaha Cawangan Negeri,
  4. Setiausaha Eksekutif KPBPSM,
  5. 80 Perwakilan Negeri.

OBJEKTIF:
Antara Agenda Persidangan yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Kamerul Bieza bin Mohd Kassim, Presiden KPBPSM ini adalah membincangkan :-

  • Usul-usul Perwakilan, Memilih dan melantik Jawatankuasa Mesyuarat, Pemegang Amanah, Membentang/meluluskan Laporan Aktiviti, Kewangan Tabung Am, Kewangan Tabung Kebajikan, Anggaran pendapatan dan perbelanjaan, Serta memilih Pegawai Kanan KPBPSM bagi tempoh 2024 -2026 oleh Setiausaha Agung dan Bendahari Agung KPBPSM.
  • Perbentangan justifikasi pindaan peraturan dan Perlembagaan KPBPSM oleh Ts.Amrizal bin Abdul Jalil, Naib Presiden KPBPSM.

CATATAN:

Selain itu, telah dijalankan Majlis Tahlil, Bacaan Yassin dan Doa Selamat di Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Selangor. Solat Maghrib dan Isyak serta Majlis Tahlil, Bacaan Yassin dan Doa Selamat sempena Majlis Kesyukuran Persidangan Perwakilan DWI Tahunan Kali Ke-24 Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia Tahun 2024.

Majlis kerohanian ini dipimpin oleh Mohd Syazwan Saidy Wan (SU Cawangan Negeri Sembilan).

Hadir bersama YAS Dato Ts Nor Hisham Mohammad Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Turut hadiri bersama YS Pengarah Wan Md Razali, Timbalan Pengarah PPjB Nor Ariffin Kamari, Pegawai Kanan Bahagian dan Zon. Terima kasih Ketua Balai Tuan Romzi Abu dan pegawai-pegawai selaku Tuan rumah sudi menerima kunjungan dan meraikan majlis tersebut.

Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Perwakilan DWI Tahunan Kali Ke-24 (Penggal 2024 – 2026) yang telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts Nor Hisham Mohammad Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sejurus itu YAS Dato’ turut menyampaikan Pampasan Insyurans Penyakit Kritikal, Bantuan Kebajikan Ahli Faedah Persaraan serta Sijil Perlantikan AJK Cawangan Negeri.

Disamping itu juga YAS Dato’ melancarkan ‘GIMIK’ Kad Digital Ahli (KPBPSM)

πŸ“Amanat YAS Dato’ KP ~”.. Beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada Kesatuan (KPBPSM) untuk terus memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan anggota, memperkukuhkan hubungan antara Kesatuan dan Jabatan, serta memastikan suara pekerja didengar dengan jelas dalam segala urusan pentadbiran dan perancangan strategik Jabatan. Selain itu besar harapan beliau agar Kesatuan akan terus menjadi wadah dalam memperjuangkan hak serta kepentingan ahli-ahli, sambil mengutamakan nilai Integriti dan profesionalisme. Kerjasama yang erat antara Kesatuan dan Jabatan juga penting bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan Kebombaan demi Keselamatan Rakyat dan Negara.

Lebih 80 orang perwakilan negeri hadir ke majlis tersebut. Turut hadiri bersama YS Azmi Bin Sadon Bomba Bahagian Korporat PPjB Nor Ariffin Kamari Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Jawatankuasa Tertinggi Cuepacs Penjawat Awam

Pengaraca Majlis:
Nazah Nafi & Ahmed Mazdlan Jusuh
(AJK Cawangan Negeri Kelantan)
Bacaan DOA: Mohd Syazwan Saidy Wan
(SU Cawangan Negeri Sembilan)

Laporan oleh SDR Ts.Amrizal bin Abdul Jalil, Naib Presiden KPBPSM