Sesi Libat Urus bersama Wakil Bahagian Pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya berkaitan SSPA (Fokus JBPM)

14/11/2024 (Khamis)
🕒 0900 pagi
📍 Ballroom Citadines D’Pulze Cyberjaya
PEGAWAI TERLIBAT:
Wakil Bahagian Pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang hadir:
- Puan Fadzilah binti Hashim, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Organisasi), Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan (M48)
- Encik Wan Mohd Hafifi bin Wan Ismail, Penolong Pengarah Kanan (Prestasi & Naik Pangkat), Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan (M48)
- Encik Abdul Hakim bin Abdul Rasid, Personal Mystep
Turut hadir bersama Presiden, Ybg.Tn Kamerul Bieza bin Mohd Kassim, Naib Presiden Ts. Amrizal Abdul Jalil Setiausaha Agung, Mohamad Shafiee bin Hj Rawop, Pen. Setiausaha Agung Faisal Omar, Bendahari Agung Hj Mohamad Hazam Che Hasan, Pengerusi Negeri dan Wakil Cawangan Negeri.
OBJEKTIF:
Brainstorming dan sesi dialog kepada pegawai-pegawai kesatuan isu-isu SSPA berkaitan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan peluang cadangan-cadangan penambahbaikan pada masa akan datang demi kecemerlangan jabatan yang seiring dengan kebajikan Pegawai Bomba.
Laporan oleh SDR Naib Presiden KPBPSM, Ts.Amrizal bin Abdul Jalil