KUNJUNG HORMAT KPBPSM KEPADA KETUA SETIAUSAHA KPKT

📅 5 Ogos 2026 (Rabu) Jam 1430pm

Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) telah mengadakan kunjung hormat kepada YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta mempererat kerjasama antara kesatuan dan pihak kementerian.

Delegasi KPBPSM diketuai oleh Tuan Kamerul Bieza bin Mohamed Kassim, Presiden KPBPSM, bersama barisan kepimpinan kesatuan yang terdiri daripada: • Ts. Amrizal bin Abdul Jalil – Naib Presiden

  • Mohamad Shafiee bin Abdul Rawop – Setiausaha Agung
  • Faisal bin Omar – Penolong Setiausaha Agung
  • Mohd Faizal bin Samsudin – Bendahari Agung

Dalam sesi kunjungan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai usaha memperkasakan kebajikan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pembangunan organisasi serta memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara KPBPSM dan KPKT.

KPBPSM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib atas kesudian menerima kunjungan hormat ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi kemajuan organisasi, kesejahteraan warga JBPM serta kecemerlangan perkhidmatan kepada rakyat.

“Bersatu Memperkasa Kebajikan, Bersama Mengangkat Martabat Warga Bomba.”

KPBPSM #JBPM #KPKT #KunjungHormat #WargaBomba #KesatuanBersamaWargaBomba