FAEDAH MENYERTAI KESATUAN PEKERJA BOMBA DAN PENYELAMAT SEMENANJUNG MALAYSIA (KPBPSB)
Apakah faedah menjadi ahli KPBPSM
1. Mengadakan sebuah pertubuhan yang lengkap bagi semua pekerja-pekerja seperti yang ditentukan di bawah Peraturan3(1) AktaKesatuanSekerja dan memajukan kepentingan ahli-ahlinya dalam hal perusahaan, kemasyarakatan dan pengetahuan.
2. Memperoleh dan mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, keselamatan bekerja, masa dan syarat-syarat bekerja yang berpatutan serta memberi nasihat dan bantuan tentang hal-hal yang tersebut.
3. Mengatur perhubungan diantara pihak majikan dan pekerja, diantara ahli dengan ahli dan berikthiar untuk menyelesaikan sebarang perselisihan diantara mereka dengan cara aman, damai dan bermuafakat.
4. Menolong jayakan, dengan wang atau lain-lainnya, kerja atau hasrat sesuatu pertubuhan dengan tujuan untuk memajukan kepentingan pekerja.
5.Mengadakan Kumpulan Wang Kebajikan untuk ahli-ahli.
Ø Faedah masuk hospital
Ø Faedah persaraan
Ø Bantuan banjir & kebakaran
Ø Perlindungan insuran (kemalangan & kematian)
Ø Dermasiswa pendidikan untuk anak ahli