PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN (LUAR BIASA) KESATUAN PEKERJA
BOMBA DAN PENYELAMAT SEMENANJUNG MALAYSIA KALI KE 22
01 DISEMBER 2021 HINGGA 03 DISEMBER 2021

Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan KPBPSM telah berlangsung pada 01 hingga 03 Disember 2021 bertempat di Mardhiyyah Hotel,Shah Alam, Selangor. Persidangan ini telah dihadiri seramai 80 orang perwakilan hadir bagimewakili cawangan-cawangan negeri diSemenanjung Malaysia. Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan KPBPSM kali ke 22 Telah Dirasmikan Oleh Ketua Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Haji Wahid. Hadir sama memberi ucapan berkaitan perjuangan semasa kebajikan Perkhidmatan Awam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Dato’ HjAdnan Bin Mat. Turut hadir pada persidangan perwakilan kali ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Dato’ Abdul Wahab bin Mat Yassin, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Dato’ Edwin Galan Teruki, Pengarah, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM,Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah JBPM Negeri Selangor, Tn. Norazam bin Khamis dan pegawai – pegawai kanan jabatan mewakili bahagian-bahagian. Hadir Bersama dari CUEPACS, Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman bin Nordin, Setiausaha Kewangan CUEPACS, Tn Hj Roslan dan Mantan Presiden KPBPSM, Sdr Zainal Abidin bin Nong Chik. PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN (LUAR BIASA) KESATUAN PEKERJA BOMBA DAN PENYELAMAT SEMENANJUNG MALAYSIA KALI KE 22 01 DISEMBER 2021 HINGGA 03 DISEMBER 2021 Pada Persidangan kali ini, 5 jawatan pegawai tertinggi kesatuan telah dipertandingkan. 4 jawatan telah menang tanpa bertanding manakala jawatan yang dipertandingkan adalah Jawatan Naib Presiden. Oleh itu disenaraikan Jawatankuasa tertinggi KPBPSM bagi sesi 2020-2022 adalah seperti berikut:

PRESIDEN - Sdr. Kamerul Bieza bin Mohamed Kassim
NAIB PRESIDEN - Sdr. Amrizal bin Abdul Jalil
SETIAUSAHA AGUNG - Sdr. Mohamad Shafiee bin Abdul Rawop
PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG - Sdr. Faisal bin Omar
BENDAHARI AGUNG - Sdr. Mohamad Hazam bin Che Hassan

Sepanjang persidangan perwakilan berlangsung dalam keadaan harmoni dan
jayanya. Sebanyak 25 usul dibahaskan dalam persidangan kali ini berkaitan
kebajikan ahli dalam kesatuan dan jabatan.

© Copyright 2025 Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia - All Rights Reserved

Mobirise site software - Find out