PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YS PENGARAH JBPM PERLIS

1 Ogos 2023, jam 09:00 pagi bertempat Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis telah diadakan Kunjungan Hormat Ramah Mesra Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat semenanjung (KPBPSM) ke atas YS Pengarah dan Pegawai Kanan Jabatan JBPM Negeri Perlis.
Kunjungan tersebut dismbut baik bersempena dengan Lawatan kerja rasmi bagi mengeratkan hubungan ukhwah dan kolabarasi antara pihak Jabatan dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kesatuan (KPBPSM). Jesteru itu, merumuskan hasil Dialog bersama wargakerja JBPM Negeri Perlis.
Turut dihadiri oleh PgKB I Mohd Zaidi Bin Hj Ma’at YS Pengarah JBPM Negeri Perlis, PgKB II Na Khoom A/L Kiang Timbalan Pengarah, PgB Norazwan Bin Hashim Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan (PPON), Ketua² Balai dan Pengerusi Kesatuan Negeri Perlis Halid Hassan
Hadir bersama Sdr Tuan Amrizal Abdul Jalil, selaku Naib Presiden Kesatuan turut hadir bersama Sdr Mohamad Shafiee Setiausaha Agung, Sdr Faisal Omar Pen. Setiausaha Agung, Sdr Hazam Che Hasan Bendahari.
Selain itu Naib Presiden megharapkan jalinan hubungan dan kerjasama jitu dapat diteruskan bagi memperjuangkan serta memperkasakan kebajikan wargaKerja JBPM Negeri Perlis dan turut menyampaikan cenderhati kepada YS Pengarah sebagai tanda kenangan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MALAYSIA MADANI”
Saya yang menjalankan amanah,
Amrizal bin Abdul Jalil
Naib Presiden KPBPSM