MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KALI KE-23 (LUAR BIASA) Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat semenanjung 2022-2024
13/01/2023 (JUMAAT) MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KALI KE-23 (LUAR BIASA) Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat semenanjung 2022-2024, 15:30 bertempat Dewan Rebanna (Tingkat 1) Mardhiyyah Hotel and Suites, Shah Alam telah berlangsung Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan DWI Tahunan Kali Ke-23 (Luar Biasa) KPBPSM
Perasmian ini dirasmikan oleh YAS Dato Sri Ts Mohammad Hamdan Bin Hj Wahid Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Turut hadir bersama YAS Dato Abdul Wahab Bin Mat Yasin Wahab Bomba Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YAS Dato Edwin Galan Teruki Edwin Galan Teruki Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan), YBhg Dato Hj Adnan Bin Mat (Presiden CUEPACS).
Ketibaan YAS Dato Sri disambut oleh Presiden KPBPSM YBhg Kamerul Bieza Bin Mohd Kassim Kamerul Bieza, Setiausaha Agung Mohammad Shafiee Bin Abdul Rawop Mohamad Shafiee.
Sejurus itu YAS Dato Sri turut menyampaikan Pampasan Insyurans KPBPSM kepada waris Ahli Kesatuan yang Meninggal dunia, Penyakit Kritikal, Penyampaian Bantuan Kebajikan Ahli Faedah Persaraan dan Bantuan Bencana Alam.
Disamping itu juga YAS Dato Sri memotong reben bagi melancarkan ‘Gimik’ Laman Sesawang (KPBPSM)
Lebih 80 orang perwakilan negeri-negeri hadir ke majlis tersebut. Turut hadir memeriahkan Majlis YS Pengarah-Pengarah Bahagian JBPM, Timbalan Pengarah Negeri Selangor. Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS
Sumber : Mohd Syazwan Saidy Wan