MAJLIS PEMAKAIAN TANDA PANGKAT PENGUASA BOMBA GRED UTAMA C JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

21.5.2024: Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Penguasa Bomba Gred Utama C, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah selesai diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan Sutera, Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang turut dihadiri oleh YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), barisan Pengurusan Tertinggi JBPM serta pegawai kanan Ibu Pejabat.

Dalam majlis ini, Ketua Pengarah telah memakaikan tanda pangkat yang baharu serta Penyerahan Tongkat Kuasa kepada 3 pegawai kanan jabatan yang telah menerima pemangkuan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Bomba berkuatkuasa 20 Mei 2024 iaitu, YS TPjB Abdul Razak bin Muda yang ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Latihan, YS TPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini selaku Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran dan YS TPjB Datuk Ts. Nazili bin Hj. Mahmood ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan, Kejuruteraan dan Logistik.

Tahniah diucapkan atas kenaikan pangkat tersebut. Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih berdedikasi dan penuh tanggungjawab untuk memacu jabatan ke peringkat yang lebih tinggi. Pihak Kesatuan sentiasa menjadi tulang belakang kepada pengurusan jabatan di samping sebagai kumpulan yang bertanggungjawab dalam semak imbang setiap keputusan yang memberi manfaat dan berkebajikan kepada setiap Pegawai Bomba.

Tahniah!

Dilaporkan oleh:
Amrizal bin Abdul Jalil
Naib Presiden,
Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia.